08.20.08

Ola!

Posted in Umum tagged at 10:46 am by zetyzin

Blog ini didedikasikan khas untuk artikel-artikel berkenaan penyusuan dan keibubapaan sebagai koleksi peribadi dan juga tatapan umum, untuk panduan dan rujukan bagi diri sendiri dan mereka yang memerlukan.

03.30.09

Misconceptions about Starting Solids

Posted in Uncategorized at 9:26 am by zetyzin

Sumber dari sini.

The Top 4 Myths and Facts
– By Jenny Sigler, Parenting & Pregnancy Writer

Most parents have heard reputable people-their doctor, family members, and other parents-say that it’s safe to introduce solids to their baby when she is around four to six months old. (A “solid” is defined as any food other than breast milk or infant formula.) What you aren’t often told is that most children are not developmentally ready to digest solids until at least six months of age or later.

Due to this advice and other misconceptions, many parents find themselves trying to spoon feed a tight-lipped infant. If your mother or even your doctor says your baby is ready for solids, don’t be afraid to question their advice-especially if their reasoning involves any of the following misconceptions.

Misconception #1: Weight is an indicator of readiness for solids.

Both the American Academy of Pediatrics (AAP) and World Health Organization (WHO) state that solids can be introduced at six months and beyond-regardless of whether a child has doubled his birth weight (a common myth), or is a petite or large baby. Some parents theorize that a larger baby has a greater need for foods besides breast milk or formula; others think that adding rice cereal to their baby’s diet will help him gain weight.

Fact: Not only do breast milk and formula contain more calories and fat than most foods offered to infants, but they boast more nutrients and vitamins as well. Therefore, if a child is experiencing slow weight gain, it is actually more advisable to delay solids and continue with nutrient-rich breast milk or formula. True solid readiness hinges upon a baby’s digestive tract maturation-not his weight. In the early months of a baby’s life, his digestive tract is immature and unable to filter out harmful substances and likewise facilitate the absorption of nutrients.

Misconception #2: Cereal will help my baby sleep through the night.

You may or may not hear this wives tale come from a doctor, but well-meaning family members or friends may suggest this method.

Fact: There is no medical evidence to support this idea. In a controlled study done by the Pediatrics Department at the Cleveland Clinic Foundation, 106 babies were given a bottle of formula containing a spoonful of rice cereal per ounce at five weeks old and four months old. Even when reducing the definition of sleeping through the night by two hours, no significant or consistent trend was found in increasing the baby’s sleep. Putting cereal in a bottle puts your baby at risk for choking. In addition, the nutrient content of this combination is diluted and is linked to obesity later in life because of the high caloric intake.

Misconception #3: If baby shows interest in your food, drools, tries to grab your plate, she is ready for solid foods.

This is the main sign that most parents cite when deciding to expand their baby’s diet beyond breast milk or formula. Though important, it is only one of many cues that your baby is truly ready to take the leap into solids.

Fact: More important to your baby than satisfying her little belly is feeling that she belongs. Developmentally, she expresses this need by mimicking mom or dad, and that includes their eating habits. If you want your baby to participate in meal time, but she just isn’t ready for solids yet, try offering a “momsicle” made from frozen breast milk or formula.

Misconception #4: A baby needs solid food to ensure he’s getting plenty of iron.

Many doctors tend to be concerned about your baby’s iron intake, and commonly recommend an iron-fortified cereal when your baby is four to six months old. Premature babies, infants born to women with uncontrolled diabetes, and babies who are given cow’s milk anytime during their first year of life are at greater risk for iron deficiency. Before assuming that your baby needs iron supplementation through foods or vitamins, ask for a hemoglobin test. If tests show your baby needs iron, then an iron-fortified formula is the best and most common option.

Fact: Healthy, full-term infants have iron reserves that last at least six months after birth. A study conducted by Dr. Pisacane of Napoli University found that at seven months, exclusively-breastfed (no solids, juices, or supplements of any kind) infants had “significantly higher hemoglobin levels at one year than breastfed babies who received solid foods earlier than seven months”.

Get All the Facts

The World Health Organization, American Academy of Pediatrics, and many other worldwide health organizations recommend exclusive breastfeeding (or formula feeding) for at least the first six months of a baby’s life. Many children thrive on breast milk alone for up to 12 months of age. Ounce for ounce, breast milk and formula have higher caloric, nutrient, and fat contents than solid foods.

Starting solids too early has risks, including an increase in food allergies and higher risk of developing diabetes. Waiting until your baby shows all of the signs of readiness for solids are your best and safest option. Inform yourself on the topic of solids by talking to your pediatrician and researching well-respected sources before offering your baby solids that she might not be ready for.

02.20.09

Air Suam Untuk Bayi Bawah 6 Bulan: A Big No No!

Posted in Penyusuan tagged , , , , at 2:19 pm by zetyzin

Soalan: Bolehkah saya berikan bayi saya air suam, lebih-lebih lagi jika cuaca panas terik dan semestinya bayi saya haus?

Jawapan: Tidak. Terutama sekali untuk bayi yang menyusu badan (BF). Ini adalah kerana susuibu akan memberi satu lapisan perlindungan ke atas perut bayi dan jika bayi diberi minum air suam, air tersebut akan ‘wash out’ segala perlindungan tersebut. Dalam erti kata lain, sia-sialah kita memberikan susuibu kepada anak tetapi anak tidak mendapat perlindungan yang sepatutnya jika diberi air suam.

Ada sesetengah doktor yang kurang sensitif dan tidak menyokong penyusuan badan yang mencadangkan kepada ibu itu sendiri supaya memberikan air suam kepada bayi mereka. Bagi saya, jika bayi tersebut minum susu formula (FM), bolehlah diberikan sedikit air suam untuk membersihkan mulut dan lidah mereka. Tetapi lidah dan mulut bayi yang BF tidak perlu dibersihkan atau dibilas dengan air suam, kerana susuibu itu cukup bersih bagi bayi.

That’s the beauty of BF!

Jawapan ini hanya sekadar pendapat, dan juga sedikit sebanyak pengetahuan yang saya dapat menerusi pengalaman dan nasihat dari mereka yang sepatutnya (LC dan doktor). Dapatkan nasihat dari mereka yang pakar (dan pastinya yang pro-BF!) sebelum membuat apa-apa tindakan.

Happy breastfeeding!

12.19.08

Terlalu Awal?

Posted in Keibubapaan tagged at 3:28 pm by zetyzin

Dipetik dari Harian Metro

SEPERTI satu kewajipan ibu bapa menghantar anak ke tadika seawal usia tiga atau empat tahun bagi mendedahkan mereka dengan ilmu selain proses pergaulan sebelum melangkah ke alam persekolahan.

Menyedari trend itu, tadika tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Dalam sebuah taman perumahan misalnya, ada beberapa pusat didikan kanak-kanak.

Masing-masing mempromosi mengguna pakai sistem atau kaedah pendidikan terkini, kononnya membolehkan kanak-kanak membaca, menulis dan mengira dalam tempoh singkat.

Memang diakui, teknik yang digunakan sesetengah tadika membolehkan kanak-kanak berusia tiga atau empat tahun membaca dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Ini adalah suatu yang memberangsangkan.

Namun, sejauh mana mereka boleh menerima teknik itu dalam tempoh jangka panjang kerana kebanyakan ibu bapa tidak mempunyai masa untuk mengulang kaji apa yang dipelajari di tadika.

Dalam soal pertuturan, misalnya, di tadika mereka belajar bertutur dalam bahasa Inggeris (BI), tetapi di rumah ibu bapa lebih banyak berturut dalam bahasa seharian sama ada Melayu, Cina atau Tamil.

Bukankah ia menjadi bebanan dan tekanan kepada si kecil?

Mampukah mereka menyerap setiap apa yang dipelajari dan bagaimana dengan pelaburan yang dikeluarkan ibu bapa setiap bulan?

Pakar kaunseling keluarga, perkahwinan, kanak-kanak dan remaja, Profesor Madya Dr Saedah A Ghani, berkata penerimaan seseorang kanak-kanak seawal dua hingga 12 tahun adalah sangat tinggi dan mereka dapat menerima sebanyak mana maklumat yang disalurkan.

Justeru, tidak timbul soal tekanan dan bebanan di kalangan kanak-kanak walaupun mempunyai suasana persekitaran yang berbeza iaitu rumah dan tadika.

“Otak kanak-kanak ini seperti span yang sentiasa menyerap air. Seberapa banyak pun ilmu dan maklumat yang kita beri, mereka boleh menerima.

“Lagipun, di mana-mana taska, mereka mempunyai sistem pembelajaran yang sistematik dan sesuai dengan usia kanak-kanak.

“Jadi, mereka tidak akan tertekan sebaliknya seronok mengikuti pembelajaran selain berkemampuan menyimpan apa yang dipelajari,” katanya.

Dalam konteks peralihan bahasa di taska dan rumah, Dr Saedah berkata, ia bergantung kepada tahap IQ seseorang kanak-kanak.

“Memang kebanyakan pembelajaran kini menekankan penggunaan BI manakala di rumah ramai ibu bapa menggunakan bahasa ibunda masing-masing..

“Walaupun ia sedikit sebanyak mempengaruhi perkembangan minda mereka, ia tidak terlalu berat kerana di sinilah tahap pemikiran atau IQ kanak-kanak itu dapat dilihat,” katanya.

Setiap kanak-kanak mempunyai potensi dan tahap IQ berbeza. Bagi kanak-kanak yang mempunyai tahap IQ tinggi, mereka mampu menerima dan mengaplikasikan segala apa yang mereka terima walaupun tidak diberi perhatian sepenuhnya.

“Namun, bagi mereka yang mempunyai tahap IQ rendah, mungkin sukar mengaplikasikan apa yang dipelajari dengan cepat, tetapi mengambil masa.

“Bagaimanapun, ini tidak bermakna setiap apa yang dipelajari itu tidak diterima sebaliknya mereka akan menyimpan segala maklumat.

“Dalam beberapa kes, ada kanak-kanak itu tidak mampu bertutur dalam BI ketika kecil namun mereka boleh berbuat demikian ketika meningkat dewasa.

“Bayangkan, mereka boleh menggunakan semula apa yang disimpan dahulu,” katanya.

Sementara itu, Siti Noor Baya Jibal, 24, berkata walaupun menghantar anak ke tadika memerlukan perbelanjaan tinggi, ia berbaloi dan pelaburan itu tidak merugikan.

Siti lebih gemar menghantar anaknya, Adam Darius Mohd Zaidi yang berusia setahun tujuh bulan ke taska berbanding rumah pengasuh, namun ia berbaloi dengan perkembangan Adam yang memberangsangkan.

“Selepas lima bulan menghantar Adam ke taska, banyak perubahan dapat saya lihat. Jika dulu, dia kurang berkomunikasi dan tidak mesra dengan orang lain, kini keadaannya berbeza.

“Adam boleh bergaul dengan sesiapa saja dan perlakuannya lebih matang daripada kanak-kanak lain,” katanya.

Menurutnya lagi, Adam kini lebih berdikari dan memahami setiap apa yang dipertuturkan terutama ketika dimarahi apabila melakukan kesilapan.

“Dia kini boleh mengemas sendiri barang permainannya, meletakkan bajunya di bakul dan tahu tempat duduknya ketika ingin makan.

“Walaupun Ada tidak boleh bercakap dengan betul dan pelat, anak saya boleh memahami apa yang kita katakan sama ada dalam bahasa Melayu ataupun BI.

“Walaupun di taska Adam didedahkan dengan BI dan di bahasa Melayu di rumah, dia boleh memahami kedua-duanya arahan yang diberikan.

“Dia juga pandai menentukan bahasa apa yang dia ingin dengar. Pernah ketika menonton di rumah ibu saya, Adam mahu saya mengalihkan suara cerita kartun itu ke BI,” katanya.

10.14.08

Produksi Susu Merudum

Posted in Penyusuan tagged at 2:13 pm by zetyzin

Assalamualaikum

Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapakan Salam Lebaran kepada semua.

Sudah lama saya tidak update apa-apa di blog ini. Cuti raya yang panjang serta ketiadaan streamyx di rumah membuatkan saya tidak mendapat akses ke internet.

Cuti yang lama juga memberi peluang kepada anak kedua saya untuk menyusu badan secara langsung selama 2 minggu. Dapat saya perhatikan apabila anak saya menyusu secara langsung, kekerapan sesi penyusuan bertambah.

Disebabkan anak hanya menyusu direct jadi saya tidak mengepam sepanjang cuti, kecuali dua kali sahaja. Itulah silap saya.

Kini production susu saya agak merudum. Jika biasanya waktu pagi saya boleh pam sebanyak 8oz-9oz, kini hanya setakat 5oz-6oz sahaja. Petang pula hanya dapat sekitar 4oz sahaja. Sedangkan anak saya makin kuat menyusu. Walau bagaimanapun saya tetap bersyukur kerana masih mempunyai susu.

Saya ambil keputusan untuk cuba mengamalkan petua-petua yang pernah saya baca di SI. Buat masa ini saya hanya minum Horlicks. Mungkin selepas ini saya akan cuba minum air longan kering yang direbus. Juga makan kurma. Dan susu soya. Dan mungkin akan masak lobak putih.

Dulu saya pernah cuba minum air longan kering. Menjadi juga. Tapi kali ini saya akan cuba sikit-sikit dulu. Takut tak sesuai dengan anak.

Doakan saya.

09.23.08

Seminggu Saja Lagi

Posted in Umum at 3:26 pm by zetyzin

Pejam celik pejam celik, sudah 23 hari kita berpuasa. Bermakna hanya tinggal seminggu saja, raya bakal menjelma. Cepat betul masa berlalu kan?

Saya pula, makin jarang update entri saya di sini. Agak sibuk akhir-akhir ini. Tidak sempat surfing dan baca artikel-artikel berkaitan penyusuan dan keibubapaan.

Walaubagaimanapun, pengalaman berpuasa kali ini cukup seronok bagi saya. Pertama kali dapat menyusukan anak. Insyaallah, kali kedua dapat berpuasa penuh. Dan yang paling best, berat badan saya turun lagi! Kombinasi menyusu + puasa. Susu saya juga belum pernah merudum dengan drastik. Alhamdulillah. Malahan, susu saya makin banyak di bulan puasa ini.

Ah. Kepada semua, saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf andai ada silap salah, terkasar bahasa. Semasa berhari raya nanti, jaga pemakanan anda. Jangan makan lemang banyak sangat, takut-takut efek pada bayi nanti, kembung pula perut bayi nanti.

09.15.08

Bolehkah Saya Berbuka Puasa Jika Saya BF?

Posted in Penyusuan tagged , , at 9:46 am by zetyzin

Boleh, tetapi jika dan hanya jika anda merasakan andai anda meneruskan ibadat puasa, ianya akan menjejaskan kesihatan anak mahupun anda. Jika tidak, jika anda masih mampu bertahan, atau sekadar merasa lapar dan dahaga, maka lupakanlah niat untuk berbuka.

Dalam Islam, umat Nabi Muhammad diberi keistimewaan atau diringankan (rukhsah) dalam melakukan sesuatu ibadat. Jika berpuasa, ibu-ibu yang mengandung atau menyusukan anak dibolehkan untuk berbuka puasa jika mereka takut andai dengan berpuasa akan menjejaskan kesihatan si ibu atau si anak. Menjejaskan yang bagaimana?

Mungkin dikatakan menjejaskan kesihatan ialah, andai si ibu puasa, susunya akan berkurangan dan akan menyebabkan anaknya kelaparan dan jatuh sakit. Tetapi kini ramai ibu-ibu yang telah mengumpul stok susu beku sebelum Ramadhan. Stok-stok susu beku inilah yang boleh digunakan jika ada ‘kecemasan’ – susu merudum. Maka bagi pendapat saya, tidak ada istilah tidak cukup susu. Kecualilah memang si ibu tidak buat stok, atau tidak mempunyai stok yang cukup, atau mempunyai masalah kesihatan.

Saya sendiri, berdasarkan pengalaman saya yang tidak seberapa ini, ada juga masa-masa dalam Ramadhan kali ini di mana saya tidak mempunyai stok susu segar yang cukup disebabkan sibuk dengan tugasan dan mesyuarat di pejabat. Jadi untuk bekalan susu anak keesokan harinya, saya terpaksa mengeluarkan stok susu beku saya di dalam freezer untuk dibekalkan kepada anak. Lagipun, itulah gunanya stok susu beku kan?

Ada pula sesetengah ibu bf yang dengan sewenang-wenangnya berbuka puasa kerana letih, lapar dan dahaga dengan menggunakan alasan bahawa mereka menyusukan anak, dan dipermudahkan untuk berbuka. Saya tidak bersetuju langsung dengan cara ini. Jika mereka letih, orang lain yang tidak menyusukan anak juga letih berpuasa. Jika mereka lapar dan dahaga, orang lain juga begitu. Andai masih mampu kenapa mesti berbuka? Hanya kerana diberikan kelonggaran oleh Allah? Janganlah diringan-ringankan suruhan Allah. Rukhsah diberi hanya kepada mereka yang tidak mampu, yang mempunyai masalah kesihatan. Rujuklah kepada doktor dulu untuk mengesahkan samada anda mampu berpuasa ataupun tidak.

Betul kata sesetengah ibu, niat memainkan peranan yang amat penting. Niat sebenarnya secara tidak langsung bertindak dari sudut psikologi. Jika dalam hati sudah tertanam niat untuk berpuasa penuh, Insyaallah tidak ada apa yang akan menjadi penghalang untuk kita berpuasa pada hari itu. Panas, letih, lapar semuanya ditolak ke tepi. Tetapi jika awal-awal lagi sudah terdetik di hati, ah aku menyusukan anak, dibolehkan untuk berbuka jika tak larat, sudah pastilah pelbagai alasan diberi dan akhirnya akan berbuka.

Bagi saya, Ramadhan kali ini memang ditunggu-tunggu. Memandangkan saya menyusukan anak secara eksklusif dan masih belum lagi didatangi haid, saya amat berharap agar puasa saya kali ini penuh, cukup sebulan. Jadi tidak perlulah saya menggantikan puasa saya nanti. Bukankah itu satu niat yang baik? Ia juga menjadi motivasi kepada saya untuk meneruskan puasa jika ada ketikanya saya berasa sangat letih.

Ada juga berpendapat untuk gantikan susuibu yang tidak cukup dengan susu formula, jadi si ibu bolehlah berpuasa. Ini juga saya tidak setuju. Banyak cara lain untuk menambahkan susuibu. Kurma, oat, sup lobak putih, air masak, dan pelbagai cara lain boleh membantu menambahkan susuibu. Atau jika masih tidak berjaya untuk menambahkan susu badan ketika berbuka atau sahur, bukankah Allah telah permudahkan kita untuk tidak berpuasa? Ha… di sinilah rukhsah atau hadiah Allah boleh kita gunakan.

Selamat berpuasa semua.

~Sekadar pendapat

09.11.08

Merangsang Bayi

Posted in Keibubapaan tagged , at 8:48 am by zetyzin

CARA-CARA MERANGSANG BAYI

Seseorang bayi Islam yang baru dilahirkan dianggap seperti kain putih.  Perkembangan personalitinya bermula daripada peringkat itu walhal ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa ini bermula dari peringkat janin lagi.  Bayi yang baru lahir sudah dilengkapkan dengan kesemua pancainderanya dan sudah boleh berinteraksi dengan persekitarannya serta dengan orang-orang disekelilingnya, terutama ibu dan bapanya.

Pada masa dahulu kebanyakkan orang menganggap seseorang bayi yang baru lahir itu sebagai seorang individu yang pasif dan tidak berupaya mengenali ibu bapanya, persekitarannya, atau memberi apa-apa gerak-balas kepada orang disekelilingnya.  Tetapi pada masa kini jelas kepada pakar-pakar perkembangan kanak-kanak bahawa bayi yang baru lahir sudah berupaya memberi gerak-balas kepada perhatian yang ditunjukkan oleh orang lain kepadanya.

Bayi sudah boleh mendengar, sudah boleh melihat dan sudah boleh merasai keadaan-keadaan yang selesa atau keadaan-keadaan yang tidak menyenangkan.  Bayi menangis apabila lapar, tenteram apabila disusukan.  Semakin dia besar, jelas kadangkala yang dia menangis apabila dia keseorangan dan akan tenteram semula apabila dibedung, diangkat ataupun didodoikan.

Pada masa kini ramai ibu bapa yang bertanyakan cara -cara untuk merangsangkan bayi . Sekarang sudah jelas bahawa prestasi intelek seseorang kanak -kanak itu boleh dipertingkat dengan memberi persekitaran yang penuh dengan rangsangan kepada kanak -kanak itu . Sitimulasi atau rangsangan ini perlulah dipertunjukkan kepada anak -anak dari peringkat bayi lagi .

Kalau diperhatikan kelakuan seseorang bayi dalam beberapa hari dia dilahirkan jelas ternampak bahawa dia akan berada dalam empat keadaan – tidur nyenyak , mengantuk , keadaan menangis . Didalam keadaan dia berjaga -jaga dan asyik memerhatikan kelilingnya  dan asyik memerhatikan persekitarannya itu deria -derianya akan menangkap semua stimuli di persekitarannya . Kadangkala dia akan memberi gerak-balas kepada stimuli-stimuli ini.  Umpamanya dia mungkin akan ketawa jika ibunya ketawa dihadapannya.  Dia akan memerhatikan sesuatu benda yang diimbaskan dihadapan mukanya.

Cara-cara merangsang bayi

Keadaan yang sesuai bagi merangsang bayi ialah pada masa dia celik dan sedar.  Ibu bapa perlu faham masa yang elok untuk merangsang bayi kerana jika rangsangan diteruskan tanpa mengambilkira kemampuan bayi untuk berinteraksi, ini mungkin akan membawa kesan yang negatif kepadanya.  Bila bayi asyik memerhatikan wajah ibunya, ibu itu patutlah bercakap-cakap dengannya, menyanyi mesra, menunjukkan wajah senyum gembira atau ketawa sambil menggosok-gosok atau mencium bahagian tubuh bayinya itu.  Waktu menyusu bayi boleh digunakan untuk merangsang bayi.  Perkataan-perkataan seperti ” anak mak cantik sangat, anak mak manis sangat, anak mak sayang, anak mak suka minum susu”, dan sebagainya disarankan untuk digunakan pada waktu ini.

 Ibu-ibu juga digalakkan bercakap-cakap dan bermesra dengan bayinya diwaktu dia dimandikan atau lampinnya ditukarkan.  Jarak mata bayi dengan wajah ibunya semasa menyalinkan lampin sungguh sesuai untuk berinteraksi diantara ibu dan bayi.  Sambil menyalin lampin perkataan-perkataan seperti” cantiknya kaki anak mak, wanginya badan anak mak,” dan sebagainya boleh digunakan.

 Sebelum seseorang bayi boleh menggunakan bahasa dia akan menempuh proses perkembangan yang sistematik.  Bayi yang baru lahir hanya menangis sahaja.  Kebolehan bayi untuk mengeluarkan konsonan seperti mm,mm, atau ng pada usia tiga hingga empat bulan akan terus berkembang sehingga pada usia enam bulan dia sudah boleh mengeluarkan bunyi “ma ma ma, na na na” ,seolah-olah dia hendak memanggil ibunya.  Kebanyakkan bayi sudah berupaya mengeluarkan satu perkataan yang bermakna seperti “mama”, “baba’ pada usia sepuluh bulan.  Dari bahasa yang digunakan oleh ibu kepadanya setiap hari dan pada setiap masa bayi akan dapat mempelajari dan membentuk bahasanya sendiri.  Dari itu ibu bapa perlulah faham bahawa mereka seharusnya memberi perhatian  kepada perkembangan bahasa bayi-bayi mereka dan membantunya dengan selalu bercakap-cakap dengan bayi mereka.  Bahasa sangat penting untuk seseorang manusia mempelajari keadaan disekelilingnya kerana melalui bahasa seseorang kanak-kanak kecil boleh melafazkan kehendaknya, boleh bertanya-tanya, boleh meminta-minta, dan boleh mengeluarkan pandangan-pandangannya tentang sesuatu perkara.

 Seseorang bayi yang selalu menangis tentu akan kurang berkebolehan menerima segala stimuli dari persekitarannya serta dari orang-orang disekelilingnya. Ada ibu-ibu yang mengatakan ” Biarlah budak itu menangis, lama-lama bila dia letih, dia akan diam”.  Anggapan ini adalah tidak benar dan ibu bapa dinasihatkan supaya mencuba seberapa daya untuk mententeramkan dengan mendukung dan mendodoinya atau mengenjut-enjutkannya.  Selalu didapati bahawa seseorang ibu yang sudah pandai mendapatkan perhatian bayi dan merangsang bayi akan mendapati bayinya kurang meragam .  Bayi menangis kerana inginkan sesuatu. Cubalah cari sebabnya dan pujuklah dia.

Bermain-main dengan bayi adalah sangat-sangat digalakkan. Jari-jari bayi boleh dicium atau kedua-dua tangannya ditepuk-tepukkan sambil ibu menyanyi perkataan-perkataan seperti ” tepuk-tepuk tangan”. Pendeknya, perkataan-perkataan  yang dikeluarkan oleh seseorang ibu itu seelok-eloknya mestilah ada berkaitan dengan sesuatu perbuatan yang dilakukan.

 Kesimpulan

Persekitaran seseorang bayi itu  boleh diperkayakan dengan mengadakan berbagai-bagai bunyi yang menarik seperti lagu-lagu dari peti muzik (musical box) atau dengan gambar-gambar yang berwarna-warni.

 Untuk merangsang bayi ibu digalakkan bercakap-cakap, bermain-main, menyanyi atau membaca sesuatu kepada bayi mereka kerana ini bukan sahaja akan membantu proses perkembangan bahasa bayi bahkan mungkin boleh meninggikan pretasi intelek mereka.  Sebelum kanak-kanak itu boleh menggunakan bahasa dia perlu memahami bahasa.  Dari itu ibu bapa digalakkan selalu mengeluarkan perkataan-perkataan yang sesuai pada masa dia berinteraksi dengan bayinya.  Insyaallah bila perkembangan bahasa kanak-kanak itu dapat dipercepatkan, prestasi inteleknya juga akan meningkat

Sumber dipetik di sini.

09.04.08

Tips Bulan Puasa Bagi Ibu BF

Posted in Penyusuan tagged , at 4:35 pm by zetyzin

Alhamdulillah sudah 4 hari kita berpuasa.

Seperti ibu-ibu menyusu badan yang lain, saya juga berasa agak gusar dan risau tentang penghasilan susu di bulan Ramadhan ini. Perkara yang paling merisaukan ialah kurangnya penghasilan susu kerana berpuasa.

Bagi saya, Alhamdulillah 4 hari pertama ini cukup memberangsangkan. Saya berjaya mengepam susu lebih dari biasa. Pernah saya pam dapat 11 oz per sesi! Saya sendiri terkejut bila melihat botol Avent 9oz saya penuh. Saya harap penghasilan susu yang banyak ini berterusan hingga bila-bila.

Apa yang saya perhatikan, saya rasalah, susu saya terhasil dengan banyak kerana:
- Saya makan kurma sebanyak 7 biji ketika berbuka dan sahur
- Saya pastikan saya minum air masak yang banyak 
- Saya tak minum kopi, teh mahupun milo
- Bulan puasa, saya lebih tenang. Ini juga turut mendorong penghasilan susu yang banyak.

Ini hanyalah pemerhatian saya. Dan sekadar untuk berkongsi pengalaman dengan anda semua. Anda pula bagaimana? Apa pula tips yang boleh dikongsi bersama?

09.02.08

Coleslaw Rangup Berperisa Buah

Posted in Keibubapaan, Resepi tagged , at 2:03 pm by zetyzin

Tahukah anda apakah yang paling kekurangan dalam diet kita?
Jawapannya bukanlah vitamin atau mineral – tetapi serat!

Oleh Prof Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan

Penting untuk melegakan sembelit, serat juga dapat membantu menurunkan paras kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Ia juga dapat mengenyangkan anda pada kandungan kalori yang rendah lalu membantu mengekalkan berat badan yang sihat.

Tambahkan lebih banyak serat dengan memakan sayursayuran, buah-buahan bersama kulit, kekacang dan roti mil penuh. Perkenalkan serat secara perlahan-lahan dan galakkan anak anda minum banyak air.

Coleslaw Rangup Berperisa Buah
Hidangan Untuk 5 orang

Bahan-bahan:

A
1cawan kubis, dicincang
½ cawan kepingan nenas dalam tin, toskan
4 keping pic dalam tin, toskan dan dipotong dadu

 

B
3 sudu makan yogurt rendah lemak
2 sudu kecil madu
¼ susu kecil serbuk pala

 

C
50 gram muesli bakar
1 biji telur, direbus dan dihiris

 Arahan:
1. Campurkan A ke dalam mangkuk yang besar.
2. Campurkan B di dalam mangkuk berasingan. Kacau sehingga sebati untuk dijadikan kuah salad.
3. Tuangkan kuah salad ke atas campuran A dan kacau sehingga sebati. Hias dengan C.
4. Simpan dalam peti sejuk selama sejam dan hidang ketika sejuk.

Idea hidangan:
Hidangkan dengan roti pita mil penuh untuk meningkatkan pengambilan serat

Tenaga : 283 kcal
Protein : 4.6 gram
Lemak : 13.0 gram
Serat diet : 3.5 gram

 Dipetik dari: http://www.mypositiveparenting.org/articles/bm/v3-article6-bm.htm

Mitos mengenai Penyusuan Susu Ibu

Posted in Penyusuan tagged , at 1:53 pm by zetyzin

Oleh Prof Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan

“Tidak! Penyusuan susu ibu akan menyebabkan payudara saya kendur!”

Penyusuan susu ibu tidak menyebabkan payudara menjadi kendur; ianya disebabkan oleh faktor usia dan graviti. Malah, penyusuan susu ibu membantu anda untuk kembali kepada bentuk badan asal lebih cepat dengan membakar lemak yang tersimpan semasa hamil. Ia juga mengeluarkan hormon yang membantu mengecut dan mengembalikan rahim kepada saiz yang asal.

“Tidakkah penyusuan susu ibu menyakitkan?”

Tidak. Meskipun ada sebilangan ibu yang mungkin rasa sedikit bengkak pada peringkat awal, tetapi keadaan ini tidak berlanjutan. Jika anda masih rasa sakit, ini mungkin disebabkan mulut bayi tidak menghisap puting dan areola dengan betul. Belajarlah untuk membantu bayi menyusu dengan cara yang betul.

“Penyusuan susu ibu menyusahkan!”

Penyusuan susu ibu sebenarnya memudahkan anda. Anda tidak perlu membawa peralatan, tidak perlu risau tentang bekalan susu, penyimpanan dan penyediaan susu. Tambahan pula, penyusuan susu ibu boleh dilakukan bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan ia juga tidak melibatkan sebarang kos.

“Kenapa nak bersusah payah? Tambahan pula, saya akan kembali bekerja.”

Penyusuan ibu, walaupun beberapa minggu atau bulan, akan beri manfaat kepada bayi. Mula bekerja tidak bermaksud anda perlu menghentikan penyusuan susu ibu. Penjaga bayi boleh memberi susu ibu yang sudah diperah pada siang hari dan anda boleh menyusukannya sendiri pada waktu malam.

 

Dipetik dari: http://www.mypositiveparenting.org/bm/nutrition-bm.htm#

Next page