Siapa Saya?

Siapa saya?

Saya seorang ibu muda yang masih merangkak-rangkak kehausan mencari ilmu berkaitan dengan parenting atau keibubapaan. Saya juga seorang ibu yang baru sahaja memulakan langkah dalam alam penyusuan walaupun anak sulung saya sudah mencecah 15 bulan usianya.

Kejahilan ilmu tentang penyusuan menyebabkan anak sulung saya tidak dapat merasa apa itu susu ibu. Bukanlah tidak dapat merasa langsung, tetapi dia hanya berpeluang meneguk susu mama nya ini hanya untuk tempoh sebulan. Kemudian akibat kekurangan ilmu saya berhentikan terus penyusuan badan (kerana susu telah kering) dan mencari alternatif lain, iaitu menggunakan susu formula.

Akibat penggunaan susu formula, anak saya kekurangan antibodi dan tidak berjaya melawan alahannya, iaitu alahan kepada protein susu lembu atau CMPA. Dia juga selalu demam dan sakit semasa bayi. Setelah diperkenalkan oleh sahabat saya laman web Susuibu.com, barulah terbuka mata saya berkenaan khasiat susu ibu.

Rupa-rupanya susu ibu boleh dipam dan disimpan untuk tempoh tertentu. Rupa-rupanya untuk menggalakkan rangsangan susu, direct feeding mestilah dilakukan dan jika tidak, si ibu harus mengepam susunya. Rupa-rupanya…

 Hm, anak sulung saya dulu tidak mahu direct feeding akibat keliru puting. Ya, sebaik sahaja dia melihat dunia, mulutnya disumbat dengan botol susu berisi formula! Jahilnya saya semasa itu kerana tidak memberitahu doktor mahupun pembantunya yang saya ingin menyusukan anak saya dengan susu badan. Waktu itu saya ingat prosedur selepas melahirkan memang begitu. Saya hanya diamkan diri sedang hati saya merasakan tindakan saya untuk tidak menyusukan bayi selepas dia dilahirkan itu salah. Bodohnya saya. Hingga saat ini, rasa kesal sentiasa bersarang di hati saya tiapkali saya teringat peristiwa itu.

 Kini saya yakin yang saya mesti ikut kata hati, naluri keibuan saya jika ianya berkaitan dengan anak. Saya butakan mata, pekakkan telinga jika terdapat suara-suara sumbang yang petah mengomel apa saja tindakan saya berkenaan didikan anak. Peduli apa saya! Anak saya, bukan anak mereka!

 Semenjak bertemu dengan SI, saya sedaya upaya mengumpul seberapa banyak ilmu yang boleh berkenaan dengan penyusuan. Bolehlah dikatakan saya agak fanatik dengan penyusuan. Kini, selepas melahirkan anak kedua (ya, saya bersalin setahun sekali – anak pertama mendapat adik kala usianya 12 bulan lebih) saya bertekad untuk menyusukan anak saya secara eksklusif. Malahan saya juga sedang berusaha untuk memberikan anak sulung saya sedikit sebanyak titisan air susu saya ini.

 Alhamdulillah, walaupun baru saja 2 bulan lebih saya menyusukan anak saya, saya merasa amat bersyukur dan berbangga dengan usaha saya ini. Mungkin bagi orang lain ianya remeh, tetapi bagi saya, inilah kejayaan terbesar saya sebagai seorang ibu – menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya seperti yang disarankan di dalam al-Quran.

 Selama ini saya hanya membaca artikel-artikel, atau petua-petua rakan seperjuangan hanya di laman-laman web, atau di forum SI tanpa membuat apa-apa kompilasi. Sudahnya, tiapkali timbulnya apa-apa masalah, saya terpaksa mencari semula artikel atau saranan tersebut di laman-laman web tertentu. Kadang kala tidak terjumpa bahan yang dicari. Oleh itu, saya membuat keputusan untuk mengumpulkan seberapa banyak yang boleh apa saja bahan bacaan maya yang berkaitan dengan penyusuan, mahupun keibubapaan.

 Semoga usaha saya ini dapat memudahkan bukan saja saya, malahan sesiapa sahaja yang ingin membuat rujukan berkaitan penyusuan dan keibubapaan.

 Dan semoga Allah merestui dan memberkati usaha saya ini. Semoga Dia memudahkan perjalanan penyusuan saya – the journey of my life… amin…

Advertisements

2 Comments »

  1. tumitu said,

    Salam…
    Dah dapat pam spectra tuh ke?If belom n nak join kutu spectra,email la ye.
    All the best for ur breasfeeding journey…

  2. Nur Diana said,

    Assalamualaikum..
    Saya Diana…Untuk anak yang first dulu saya jahil gak..Takde langsung nak cari bila time nak bg solid food dan tak tergerak pun nak berusaha nyusukan sampai 2 tahun.Sayang gak rasanya.Tapi Alhamdulillah dapat lah setahun full BF dan BF campur FM sampai 1thn 6 bulan..Time tu tak keje…tu yg tak fikir nak simpan2 susu..
    Bila dah second ni,nak gak bagi susu sampai 2 tahun.So adalah usaha bac2 artikel dan bertambahlah kesedaran tu..sampai sekrg ni Alhamdulillah saya BF kan baby full.
    Untuk anak you tu,bolehlah if nak try susu soya organik Melilea.Saya bg anak saya first minum tu Alhamdulillah..mmg nampak lain..dia dah tak byk demam dah..nak try ke?
    Soya tu organik..so, jgn takut side effect..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: