October 14, 2008

Produksi Susu Merudum

Posted in Penyusuan tagged at 2:13 pm by zetyzin

Assalamualaikum

Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapakan Salam Lebaran kepada semua.

Sudah lama saya tidak update apa-apa di blog ini. Cuti raya yang panjang serta ketiadaan streamyx di rumah membuatkan saya tidak mendapat akses ke internet.

Cuti yang lama juga memberi peluang kepada anak kedua saya untuk menyusu badan secara langsung selama 2 minggu. Dapat saya perhatikan apabila anak saya menyusu secara langsung, kekerapan sesi penyusuan bertambah.

Disebabkan anak hanya menyusu direct jadi saya tidak mengepam sepanjang cuti, kecuali dua kali sahaja. Itulah silap saya.

Kini production susu saya agak merudum. Jika biasanya waktu pagi saya boleh pam sebanyak 8oz-9oz, kini hanya setakat 5oz-6oz sahaja. Petang pula hanya dapat sekitar 4oz sahaja. Sedangkan anak saya makin kuat menyusu. Walau bagaimanapun saya tetap bersyukur kerana masih mempunyai susu.

Saya ambil keputusan untuk cuba mengamalkan petua-petua yang pernah saya baca di SI. Buat masa ini saya hanya minum Horlicks. Mungkin selepas ini saya akan cuba minum air longan kering yang direbus. Juga makan kurma. Dan susu soya. Dan mungkin akan masak lobak putih.

Dulu saya pernah cuba minum air longan kering. Menjadi juga. Tapi kali ini saya akan cuba sikit-sikit dulu. Takut tak sesuai dengan anak.

Doakan saya.

Leave a comment